Keistimewaan Matahari Arafah
Hari Arafah atau hari
Wukuf merupakan hari yang istimewa bagi umat muslim, yang jatuh pada tanggal 9
Djulhijjah, saat dimana peserta haji melakukan wukuf di Arafah. Allah SWT
memuliakan hari wukuf dan akan membebaskan siapa saja yang berada di padang
Arafah dari api neraka.
Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”
Pada hari Wukuf ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan
tiada hijab di antara Allah SWT dengan hambanya. Ini menunjukkan betapa Allah sangat memuliakan hari wukuf di
Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf
di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari
dekat wajah dan perilaku mereka.
Namun keistimewaan Arafah tidah hanya bagi mereka yang sedang melakukan
haji. Untuk yang tidak sedang melaksanakan haji ada beberapa keistimewaan hari
Arafah, diantaranya :
1. Hari Magfirah (Pengampunan)
Bagi yang tidak menunaikan haji dituntut untuk berpuasa
pada tanggal 9 Djulhijjah, untuk dapat menghapusan dosa sebanyak 2 tahun. Nabi
s.a.w bersabda:
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].
2. Muhtajab Doa
Daripada Sayyidatina 'Aisyah bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiada dari pada hari yang
lebih ramai dibebaskan Allah hamba-hambaNya dari api neraka melainkan pada Hari
'Arafah, dan sesungguhnya Dia mengasihani dan bangga di hadapan malaikat sambil
bertanya: Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?"
[Hadith riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan Al-Baihaqi]
[Hadith riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan Al-Baihaqi]
3.
Terlepas dari Siksaan Neraka
Daripada Jabir bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: "Apabila tiba Hari 'Arafah maka sesungguhnya Allah
telah memuji dengan para malaikat dan berfirman: "Lihatlah kepada
hamba-hambaKu yang telah datang kepadaKu dengan berdebu dalam keadaan
berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi di hadapa kamu (malaikat)
bahawa Aku telah mengampuni mereka." Maka kata malikat: Sesungguhnya ada
di kalangan mereka yang telah pun baligh. Allah berfirman: "Sesungguhnya
Aku telah mengampuni mereka." Sabda Rasulullah s.a.w: "Maka tiada
daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada Hari
'Arafah."
[Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi]
[Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi]
4.
Turunnya Rahmat Allah
Nabi s.a.w pernah menyatakan, hari
'Arafah adalah hari yang palig dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaita akan
menjadi lemah kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk
sekalian ahmba-hambaNya yang beramal soleh.
Hari dibukanya pintu langit,
dilimpahkan kerahmatan, dan dibukanya pintu penerimaan yang seluas-luasnya oleh
Allah untuk hambaNya. Tidak ada hari yang lebih banyak rahmat dan berkat, lebih
terang cahayanya serta lebih luas penerimaan dari Allah selain dari hari itu.
Tidak ada waktu syaitan menjadi terlebih keji, terlampau hina, tersangat kecewa
dari hari-hari tersebut kerana kurniaan yang sangat agung dari Allah Ta'ala
terhadap hambaNya.
Sungguh luar biasa safaat pada hari Arafah,
semoga kita dapat memanfaatkan ladang amal ini sebaik-baiknya sesuai kemampuan
kita.
_Sumber Google_



Comments
Post a Comment